Thursday, April 22, 2010

TIPS PENGANTIN: Idea memilih barang hantaran


  • Bilangan hantaran mesti ganjil, contohnya pihak lelaki akan menghantar 7 dulang hantaran jadi pihak perempuan mesti membalas dengan tambahan 2 dulang  , jadi  9 dulang.
  • Mengikut tradisi hantaran tak lengkap tanpa sirih junjung, ini boleh dianggap sebagai item wajib untuk kedua-dua belah pihak.
  • Item lain yang wajib ada dari pihak lelaki ialah duit maskahwin, duit hantaran dan barang kemas samada cincin, gelang atau rantai leher. Cincin selalu dipilih kerana senang nak disarungkan.
  • Mengikut tradisi item-item lain yang harus ada dalam senarai ialah :
    • persalinan = kasut /beg /  pakaian / kain ela / telekung / sampin  etc
    • wangian= bunga rampai / set minyak wangi / toiletries ( gel mandi, losyen etc)
    • manisan= kek / coklat / halwa etc

Sunday, April 18, 2010

Majlis perkahwinan era 50an, versi tahun 2010 = wow!!






Tika ini, dalam keghairahan para mempelai memilih tema English, Garden Wedding, Victorian, Hollywood Bling etc untuk hari istimewa mereka, muncullah satu pasangan yang sama cantik sama padan, sama santun sama sopan. Saya dah lama mengenali keluarga Ree, bolehlah saya mengangkat diri saya sebagai mak andam panel untuk keluarga mereka yang menetap di Sering Ukay tak jauh pun dari rumah saya di BA. Baju yang dipilih mereka adalah baju tradisi Johor rona hijau serindit, warna temanya pula taddaaa....OREN!! 
Tiba pada hari yang ditunggu-tunggu, saya pergi kerumah abang Ree untuk menyolekkan Aza untuk majlis menyambut menantu. Aza kelihatan agak penat, maklumlah baru hari minggu sudah mereka melangsungkan upacara akadnikah dan bersanding di Kota Damansara. Ree pulak nampak teruja, awal-awal lagi dah bersedia dengan capal dan songkok tinggi berhias bulu burung kasawari. Untuk menyesuaikan ketrampilan Aza dengan baju kurung tradisional Johornya, saya riaskan wajahnya ala-ala makeup Scarlet Ohara dalam filem Gone With The Wind.







Inai Pengantin, rugi kalau tak pakai

Tak faham bila ada pengantin yang taknak pakai inai. Kenapa? Dah tentu mereka punya banyak alasan tersendiri tapi bagi saya memakai inai untuk bakal pengantin perempuan adalah satu tradisi yang istimewa dan penuh makna yang tersirat. Sayang kalau tak pakai... tambah pulak dengan pelbagai corak mehndi yang ada sekarang ni, ada yang ringkas dan ada pulak yang penuh terukir hingga melepasi pergelangan tangan. Inai akan dipakaikan kepada pengantin perempuan satu atau dua hari sebelum majlis akad nikah, ada yang dikenakan oleh saudara mara atau teman ada juga yang diukir oleh profesional (mehndi).