Tak faham bila ada pengantin yang taknak pakai inai. Kenapa? Dah tentu mereka punya banyak alasan tersendiri tapi bagi saya memakai inai untuk bakal pengantin perempuan adalah satu tradisi yang istimewa dan penuh makna yang tersirat. Sayang kalau tak pakai... tambah pulak dengan pelbagai corak mehndi yang ada sekarang ni, ada yang ringkas dan ada pulak yang penuh terukir hingga melepasi pergelangan tangan. Inai akan dipakaikan kepada pengantin perempuan satu atau dua hari sebelum majlis akad nikah, ada yang dikenakan oleh saudara mara atau teman ada juga yang diukir oleh profesional (mehndi).
Walau apa cara juapun, ritual ini bersimbolik betapa istimewanya perhatian dan persedian yang dicurahkan kepada bakal pengantin sebelum mereka menempuh alam rumahtangga. Dan...jangan tak tau, dengan mengenakan inai juga anda mungkin dapat menghangatkan lagi asmaradana pada detik-detik permulaan hidup berumahtangga kerana mengikut kajian warna inai dan baunya dapat mencetuskan lagi debaran pasangan anda. Jadi bagaimana? masih tak mau pakai inai? rugi tau!!
No comments:
Post a Comment