imej dari Fifoto.com |
Melati inginkan set hantaran red roses dari Greg, Kak Tengku pula hendakkan pelamin yang simple dan elegance dengan penataan warna yang klasik iaitu olive dan old gold. Setelah lakaran pelamin saya diterima oleh Kak Tengku, kerja-kerja membuat bunga telur, hantaran dan pilihan fabric dengan penuh teliti, maklumlah pelanggan kali ini nyata mempunyai citarasa yang tinggi. Bila tiba hari majlis mereka saya pula yang dipinta oleh Kak Tengku untuk mengiringi keluarga Greg ketika upacara sanding, aduh! kekok betul rasanya, French yang saya tahu hanyalah "Oui"! nasib baik mereka semua boleh berbahasa Inggeris.
imej dari Fifoto.com |
imej dari Fifoto.com |
Melati, anak perempuan Tengku Nora dari Pahang bertemu jodoh dengan Greg dari Perancis. Untuk persiapan majlis perkahwinannya saya lebih banyak berbincang dengan Kak Tengku. Tentang design pelamin, hantaran dan bunga telur untuk majlis akad dan bersanding Melati dan Greg semua Kak Tengku
yang tentukan. Sebelum menjelang tarikh majlis mereka, cuma sekali saya berpeluang bertemu dengan Melati dan Greg. Melati manis orangnya, senang membuat keputusan ketika berbincang, Greg bakal suami pula kacak, sopan serta peka dengan adat tradisi Melayu, begitu juga dengan keluarga beliau yang mempunyai kediaman sendiri disini.