Kak Zai, ibu pengantin memilih warna putih untuk dikenakan oleh kedua pengantin, berlatarbelakang pula dengan pelamin merah hati dan matt gold. Adunan warna klasik untuk pelamin dan juga warna putih untuk pakaian berpotongan moden ini ternyata menjadi. Hasilnya pengantin nampak berseri-seri tambahlagi bila duduk bersanding di pelamin. majlis mereka ni sebenarnya dah lama berlangsung, dah dekah 2 tahun kahwin dan dah ada baby girl pun. Tapi hingga sekarang kami kekal berkawan. Majlis menyambut menantu mereka yang berlangsung di Kampung Melayu Kepong, mulanya saya banyak berurusan dengan Kak Zai ibu Firdaus yang tak kurang happening nya, pendek kata seluruh kaum keluarga mereka dan family fren pun semua jenis yang fun dan happy go lucky, aduh, memang riuh! Dalam tempoh lebih kurang sebulan membuat persiapan itulah baru kami bertemu dengan bakal pengantin pada ketika itu. Pasangan Firdaus dan Ina memang comel, Personaliti kedua pasangan ini memang berlawanan, opposite atrack kata mat saleh..., tapi mereka amat serasi dan jodoh mereka melengkapkan satu sama lain. Kami amat senang bekerja untuk kedua bekas raja dan ratu sehari ini, mereka mudah mesra dan periang.
Satu lagi ciri yang turut dikongsi oleh mereka ialah, mereka semua sangat - sangatlah sibuk. Oleh itu selepas menyatakan warna dan konsep yang di hajati Kak Zai menyerahkan segala tugas membuat pelamin, baju pengantin dan make up kepada saya.
No comments:
Post a Comment