Bilangan hantaran mesti ganjil, contohnya pihak lelaki akan menghantar 7 dulang hantaran jadi pihak perempuan mesti membalas dengan tambahan 2 dulang , jadi 9 dulang.
Mengikut tradisi hantaran tak lengkap tanpa sirih junjung, ini boleh dianggap sebagai item wajib untuk kedua-dua belah pihak.
Item lain yang wajib ada dari pihak lelaki ialah duit maskahwin, duit hantaran dan barang kemas samada cincin, gelang atau rantai leher. Cincin selalu dipilih kerana senang nak disarungkan.
Mengikut tradisi item-item lain yang harus ada dalam senarai ialah :
wangian= bunga rampai / set minyak wangi / toiletries ( gel mandi, losyen etc)
manisan= kek / coklat / halwa etc
Jika anda ingin berjimat atau tak mau terlalu banyak dulang hantaran anda boleh memilih item-item yang sebegini :
dari pihak lelaki : 1. sirih junjung, 2. cincin disatukan dengan duit maskahwin, 3. duit hantaran disatukan dengan bunga rampai, 4. beg / kasut / kain ela / telekung etc, 5. kek / coklat / halwa / kandi etc.
dari pihak perempuan : 1. sirih junjung, 2. cincin perak atau suasa, 3 dompet & talipinggang / kasut / kemeja dan talileher / baju melayu, 4. bunga rampai, 5. sejadah / songkok / Al Quran, 6. kek / coklat / halwa / kandi, 7. buah-buahan
Jika anda mahu bilangan hantaran yang banyak, cuma tambahkan item lain kepada item-item asas ini, tapi barangannya biarlah berpadanan seperti jam wanita dibalas juga dengan jam lelaki dan sebagainya.
Barang elektronik juga boleh disertakan dalam hantaran seperti telefon bimbit, netbook, kamera, psp dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment