Pada hari istimewa mereka, pengantin semestinya berhias secantik yang boleh. Tiada hari lain mereka akan berhias indah dan mengenakan pakaian yang paling cantik berbanding dengan hari-hari lain. Lantas 6 bulan, 3 bulan atau sebulan sebelum hari yang dinantikan, mereka akan menempah khidmat pakar untuk menyolek mereka. Makeup artist atau mak andam yang menjadi pilihan?
Tak kira antara bakal pengantin atau jurusolek sendiri, ramai yang terkeliru dengan istilah-istilah ini...
Makeup artist sebenarnya seseorang yang mempunyai kemahiran artistik dalam menyolekkan seseorang, membuat anda tampil
lebih anggun dengan menyerlahkan kelebihan yang memang ada serta menyembunyikan cela atau kekurangan pada wajah seseorang. Makeup artist bermaksud jurusolek dalam bahasa kita, bukan seseorang yang kerjanya menyolek artis rakaman atau bintang filem, bukan juga seorang artis yang bertukar bidang menjadi jurusolek.
lebih anggun dengan menyerlahkan kelebihan yang memang ada serta menyembunyikan cela atau kekurangan pada wajah seseorang. Makeup artist bermaksud jurusolek dalam bahasa kita, bukan seseorang yang kerjanya menyolek artis rakaman atau bintang filem, bukan juga seorang artis yang bertukar bidang menjadi jurusolek.
Mak andam pula adalah seseorang yang menyolek pengantin secara khusus, hasil tangan mereka selalunya dibantu oleh elemen selain daripada sekadar semata-mata kosmetik sahaja, tak kira Mac, Shu Uemura, Benefit etc tetapi diiringi oleh bacaan doa atau jampi. Mereka selalunya mengadakan satu sesi khas dengan bakal pengantin sebelum hari perkahwinan mereka, dimana beberapa rutin seperti bercukur, mandi bunga etc akan dilaksanakan, ia juga melibatkan bayaran pengeras berdasarkan amalan yang mereka pelajari.
Di era 80an belum ada istilah makeup artist, mak andamlah yang akan dicari bila ada majlis kahwin. Mereka selalunya agak tegas, sedikit garang, sentiasa bersolek dan bergaya... mereka selalunya telah berkahwin dan mempunyai anak lantaran istilah mak digunakan. Namun sekarang mak andam tak semestinya berciri yang begitu, malah ada yang masih muda dan belum berpunya jadi lebih sesuai jika gelaran juruandam digunakan.
Istilah-istilah makeup artist, mak andam serta juruandam sering digunakan secara longgar baik dikalangan pelanggan juga rakan-rakan seperjuangan saya. Adalah lebih baik gelaran yang betul digunakan untuk mengelakkan kekeliruan serta sebagai tanda menghormati mereka yang akan membuatkan anda tampil anggun dan jelita pada hari yang paling indah dalam hidup anda.
1 comment:
aik, boleh ape. ke tak boleh
Post a Comment