Tahniah kepada pelawat yang akan menjadi Raja dan Ratu Sehari. Tak lama lagi bakal ada satu keramaian untuk anda berdua. Pada hari itu ahli keluarga, saudara-mara serta teman-teman akan berkumpul untuk meraikan anda berdua sebagai Raja dan Ratu. Dalam debaran menanti hari istimewa itu banyak sekali persiapan yang perlu diaturkan.
Kami amat faham tentang orang muda sekarang yang sentiasa sibuk, hendak melanggan wedding planner...hmm.. hasilnya mungkin memuaskan tapi anda terpaksa membayar harga 10% hingga 25% lebih tinggi dari harga sebenar untuk servis yang diberikan. Kami di Lamiri&co bukanlah wedding planners, tapi paling bersedia memberikan pelabagai servis yang terbaik untuk anda. Dengan lebih 15 tahun pegalaman dengan syarikat induk, juga bisnes keluarga kami Butik Sutra Jingga, kini kami mengorak langkah secara indie di Bukit Antarabangsa. Kini kami lebih fleksibel dan juga peka terhadap citarasa aliran terkini dalam industri perkahwinan, pasti ada pakej perkahwinan yang kami tawarkan yang bertepatan dengan bajet anda. Walau apa gaya dan tema idaman yang diidamkan kami berbangga jika dapat mengotakannya dalam majlis perkahwinan anda kerana setiap kenangan indah pengantin kami adalah satu bonus bagi kami. Dari itu segeralah bertemu janji dengan kami!
No comments:
Post a Comment