Monday, November 15, 2010

Pelamin Klasik Elegan; untuk Melati dan Greg

imej dari Fifoto.com
Melati inginkan set hantaran red roses dari Greg, Kak Tengku pula hendakkan pelamin yang simple dan elegance dengan penataan warna yang klasik iaitu olive dan old gold. Setelah lakaran pelamin saya diterima oleh Kak Tengku, kerja-kerja membuat bunga telur, hantaran dan pilihan fabric dengan penuh teliti, maklumlah pelanggan kali ini nyata mempunyai citarasa yang tinggi. Bila tiba hari majlis mereka saya pula yang dipinta oleh Kak Tengku untuk mengiringi keluarga Greg ketika upacara sanding, aduh! kekok betul rasanya, French yang saya tahu hanyalah "Oui"! nasib baik mereka semua boleh berbahasa Inggeris.









imej dari Fifoto.com
imej dari Fifoto.com


Melati, anak perempuan Tengku Nora dari Pahang bertemu jodoh dengan Greg dari Perancis. Untuk persiapan majlis perkahwinannya saya lebih banyak berbincang dengan Kak Tengku. Tentang design pelamin, hantaran dan bunga telur untuk majlis akad dan bersanding Melati dan Greg semua Kak Tengku 
yang tentukan. Sebelum menjelang tarikh majlis mereka, cuma sekali saya berpeluang bertemu dengan Melati dan Greg. Melati manis orangnya, senang membuat keputusan ketika berbincang, Greg bakal suami pula kacak, sopan serta peka dengan adat tradisi Melayu, begitu juga dengan keluarga beliau yang mempunyai kediaman sendiri disini.


Pelamin majlis bertunang; tema warna segar dan ceria untuk Izni




Izni si gadis genit yang sentiasa ramah, riang, bijak dan bertenaga boleh disamakan seperti bateri energizer saiz AAA. Dah lama saya kenal dia ni, sejak dari majlis kahwin kakak dia, yakni Anis dan Shahrul saya dah mula mesra dengan Izni dan keluarganya.  Kalau jumpa dia sekali-sekala tu memang seronok, lagi-lagi kalau dia bercerita pasal dia punya travel ke oversea boleh kejang perut dibuatnya. Pejam celik, dah bertemu jodoh cik adik kita sorang ni, jodohnya jejaka segak dan budiman berasal dari Pahang.


Izni yang super busy ni pada mulanya hanya berhajatkan pelamin tunang dan solekan dari saya. Tapi seminggu sebelum majlis dia datang dengan satu beg  ke home studio saya, "kak fauziah, Izni lari rumah...", rupanya dalam beg besar tu adalah koleksi pelbagai jenis kain yang belum dijahit. Ade satu kain sulam tebuk dari Bandung tu memang cantik warnanya, now she is really having second thought dengan baju bertunang yang dah ditempah kat tempat lain. Nak pendek cerita , seminggu kemudian berlangsunglah majlis pertunangan Izni. Sesuai dengan personalitinya yang ceria saya telah cadangkan warna-warna segar sebagai tema pilihan, Izni pula memang suka dengan warna-warna oren, turquoise dan hijau. Hasilnya memang lain dari kebiasaan, adunan warna biru laut, biru langit, turqoise serta aquamarine memang berjaya menampilkan kesegaran dengan gaya yang tersendiri. Finale yang memeranjatkan semua orang ialah Izni yang selalunya santai, sporty dan aktif, serta Izni yang tak boleh duduk diam ketika disolek sudahnya tampil ayu dan manis dengan solekan yang sederhana dan semulajadi. Ditambah pula serinya dengan kebaya dress dari kain sulam tebuk yang akhirnya berjaya disiapkan dalam masa kurang seminggu. Tapi yang tak kurang pentingnya ialah seri wajah yang terpancar dari kegembiraan ikhlas yang timbul dari hati sanubari... kan?

Mini pelamin / Pelamin majlis bertunang; tema cream berhias bunga segar pink, cream dan purple


Aliran kini, ramai yang memilih mini pelamin / pelamin tunang sebagai latarbelakang kepada upacara sarung cincin. Jadi tak perlu lagi berhabis menghias bilik tidur untuk majlis tunang, cukup dengan mini pelamin yang comel dan manis sebagai penyeri majlis. Tapi jangan pulak terlebih bikin ye, nanti orang cakap " ini majlis tunang ke? majlis kawin?". Definisi pelamin tunang bagi saya ialah pertama saiz pelamin itu biarlah kecil dari kebiasaan pelamin sanding, keduanya, hiasan pelamin biar simple, nampak santai namun menarik. Boleh lah di ibaratkan sebagai appetizer sebelum main course...  cukup sebagai pembukaan untuk buat orang tertunggu-tunggu apa pulak yang akan dipersembahkan pada hari besar nanti, dan kita tak nak sampai dah kering idea nak buat ape bila tiba hari majlis.
Mini pelamin yang saya design baru-baru ini amat simple namun manis. Farah, bakal pengantin ingin mengenakan baju pink lembut, dan solekan yang ringkas dan segar. Jadi dia borong je pakej bertunang dari saya untuk makeup, baju sewa baru dan mini pelamin bunga segar, harga murah je... tak sampai rm2k pun. Persiapan dibuat bermula dari pemilihan warna, sketch, pilih fabric hinggalah ke fitting, kami jua berhubungan menerusi e mail.  Gambar majlis tunang Farah akan saya muatkan ke post lain bila dah siap nanti.

Sunday, November 14, 2010

Pakej perkahwinan tema hitam dan putih; impian Ina dan Izan





Di Lamari semua bakal pengantin adalah istimewa bagi kami, kami hargai peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk sama- sama mencipta kenangan yang paling istimewa untuk mereka. Ina gadis manis dari Klang Gate ini pertama kali datang menemui saya bersama ibunya Umi. Mereka telah punya tema dan konsep yang diinginkan, tema moden English dan warna hitam, putih serta kelabu menjadi pilihan. Dengan bajet yang sederhana saya cuba memenuhi impian mereka dengan sebaik mungkin.

Dalam tempoh kami sama-sama  membuat persedian, sungguh banyak cabaran yang datang menguji Ina dan Umi, tapi itu semua tak menjejaskan kasih sayang antara kedua pasangan ini. Pakaian sanding songket dan lace yang diinginkan oleh Umi dan Ina saya siapkan sebaik mungkin, walaupun harga yang telah dijanjikan terpaksa saya kurangkan lagi. Pada hari majlis, wajah Ina tampak manis berseri-seri, hanya Allah dan kami-kami je yang tahu cabaran2 yang telah kami sama-sama hadapi dalam tempoh membuat persiapan hari istimewa ini. Walaupun serba sederhana keluarga Ina serta suaminya tampak gembira dan berpuas hati. Majlis berjalan lancar, meriah dengan kehadiran saudara mara serta teman-teman. Disini saya dapat saksikan ikatan keluarga yang rapat, sesuatu yang tak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Ucapan terimakasih yang ikhlas dari mereka amat bermakna bagi kami, ia bagaikan satu lagi trophy peribadi yang akan kekal tersimpan dalam hati kami. 

Pelamin merah hati untuk Firdaus dan Ina



Kak Zai, ibu pengantin memilih warna putih untuk dikenakan oleh kedua pengantin, berlatarbelakang pula dengan pelamin merah hati dan matt gold. Adunan  warna klasik untuk pelamin dan juga warna putih untuk pakaian berpotongan moden ini ternyata menjadi. Hasilnya pengantin nampak berseri-seri tambahlagi bila duduk bersanding di pelamin.  majlis mereka ni sebenarnya dah lama berlangsung, dah dekah 2 tahun kahwin dan dah ada baby girl pun. Tapi hingga sekarang kami kekal berkawan.  Majlis menyambut menantu mereka yang berlangsung di Kampung Melayu Kepong, mulanya saya banyak berurusan dengan Kak Zai ibu Firdaus yang tak kurang happening nya, pendek kata seluruh kaum  keluarga mereka dan family fren pun semua jenis yang fun dan happy go lucky, aduh, memang riuh! Dalam tempoh lebih kurang sebulan membuat persiapan itulah baru kami bertemu dengan bakal pengantin pada ketika itu. Pasangan Firdaus dan Ina memang comel, Personaliti kedua pasangan ini memang berlawanan,  opposite atrack kata mat saleh..., tapi mereka amat serasi dan jodoh mereka melengkapkan satu sama lain. Kami amat senang bekerja untuk kedua bekas raja dan ratu sehari ini, mereka mudah mesra dan periang.




Satu lagi ciri yang turut dikongsi oleh mereka ialah, mereka semua sangat - sangatlah sibuk. Oleh itu selepas menyatakan warna dan konsep yang di hajati Kak Zai menyerahkan segala tugas membuat pelamin, baju pengantin dan make up kepada saya. 

Saturday, June 5, 2010

Mini pelamin untuk majlis bertunang; Pakej bertunang Jamilah.


Agak lama saya tak contact Kak Dee, namun prinsip saya jauh dimata dekat dihati. Kami amat rapat sewaktu kami sama-sama di Sutra jingga dulu. Baru- baru ni Kak Dee telah mnghubungi saya, rupanya adiknya Jamilah dah nak bertunang. Tempohnya tak lama, sebulan je lagi. Kami pun bertemujanji, rupanya majlis bertunang ni Kak Dee yang sponsor sepenuhnya maka saya pun menawarkan harga pakej yang amat berpatutan untuk mereka, kira punya kira saya pun rangkakan satu pakej untuk mereka yang saya namakan.....
Pakej pertunangan Jamilah
  • sewaan baju kurung moden lengkap bertudung net
  • solekan bertunang
  • mini pelamin berhias bunga tiruan
  • mini sesi fotografi
Harga RM1500

Oleh kerana Jamilah adalah adik teman baik saya, maka saya telah menyiapkan sepasang kurung moden semi-lace berkorset untuk bakal pengantin, ini kira macam hadiah gaklaa.. Suami saya pula selaku jurugambar telah sudi untuk merakam beberapa shot gambar Jamilah di Taman Tasik Hulu Ampang yang tak jauh dari tempat kami, inilah hasilnya...



Hantaran tema mawar merah; murah namun menawan

Tema ni adalah untuk majlis pertunangan pasangan yang berusia awal dua puluhan dan masih lagi menuntut, hmm... ketentuan jodoh tak mengira usia. Pihak lelaki telah memilih tema mawar merah untuk 5 dulang hantaran yang bakal dibingkiskan kepada sebelah perempuan. Tema mawar merah saya adunkan dengan bakul putih berhias lace dan manik putih untuk menyerlahkan kesegaran bersesuaian dengan usia kedua bakal pengantin. Bahan hiasan yang dipilih adalah ringkas dan murah, untuk setiap dulang harganya adalah;
kos bahan kurang rm30


Anggaran kos untuk sedulang
  • bakul lekhor harga kurang rm10, 
  • mawar merah harga kurang rm10
  • cat putih dah hiasan lain harga kurang rm10
  • kerjatangan dan kreativiti, hmm... tak boleh letak harga dik!
gubahan ini diletak atas dulang tembaga antik koleksi kami, dulang ni dah tak dibuat lagi sekarang. Dulang-dulang ini usianya dah lebih 60 tahun. Alas dulang tak digunakan sebab dulang ni mempunyai rekaan ukiran yang menarik, kenapa nak ditutup pulak kan?  Kepada sesiapa yang berkenan, kami hanya caj rm80 untuk setiap dulang yang lengkap. Inilah hasilnya... 


Hanya rm80 untuk sedulang





Thursday, April 22, 2010

TIPS PENGANTIN: Idea memilih barang hantaran


  • Bilangan hantaran mesti ganjil, contohnya pihak lelaki akan menghantar 7 dulang hantaran jadi pihak perempuan mesti membalas dengan tambahan 2 dulang  , jadi  9 dulang.
  • Mengikut tradisi hantaran tak lengkap tanpa sirih junjung, ini boleh dianggap sebagai item wajib untuk kedua-dua belah pihak.
  • Item lain yang wajib ada dari pihak lelaki ialah duit maskahwin, duit hantaran dan barang kemas samada cincin, gelang atau rantai leher. Cincin selalu dipilih kerana senang nak disarungkan.
  • Mengikut tradisi item-item lain yang harus ada dalam senarai ialah :
    • persalinan = kasut /beg /  pakaian / kain ela / telekung / sampin  etc
    • wangian= bunga rampai / set minyak wangi / toiletries ( gel mandi, losyen etc)
    • manisan= kek / coklat / halwa etc

Sunday, April 18, 2010

Majlis perkahwinan era 50an, versi tahun 2010 = wow!!






Tika ini, dalam keghairahan para mempelai memilih tema English, Garden Wedding, Victorian, Hollywood Bling etc untuk hari istimewa mereka, muncullah satu pasangan yang sama cantik sama padan, sama santun sama sopan. Saya dah lama mengenali keluarga Ree, bolehlah saya mengangkat diri saya sebagai mak andam panel untuk keluarga mereka yang menetap di Sering Ukay tak jauh pun dari rumah saya di BA. Baju yang dipilih mereka adalah baju tradisi Johor rona hijau serindit, warna temanya pula taddaaa....OREN!! 
Tiba pada hari yang ditunggu-tunggu, saya pergi kerumah abang Ree untuk menyolekkan Aza untuk majlis menyambut menantu. Aza kelihatan agak penat, maklumlah baru hari minggu sudah mereka melangsungkan upacara akadnikah dan bersanding di Kota Damansara. Ree pulak nampak teruja, awal-awal lagi dah bersedia dengan capal dan songkok tinggi berhias bulu burung kasawari. Untuk menyesuaikan ketrampilan Aza dengan baju kurung tradisional Johornya, saya riaskan wajahnya ala-ala makeup Scarlet Ohara dalam filem Gone With The Wind.







Inai Pengantin, rugi kalau tak pakai

Tak faham bila ada pengantin yang taknak pakai inai. Kenapa? Dah tentu mereka punya banyak alasan tersendiri tapi bagi saya memakai inai untuk bakal pengantin perempuan adalah satu tradisi yang istimewa dan penuh makna yang tersirat. Sayang kalau tak pakai... tambah pulak dengan pelbagai corak mehndi yang ada sekarang ni, ada yang ringkas dan ada pulak yang penuh terukir hingga melepasi pergelangan tangan. Inai akan dipakaikan kepada pengantin perempuan satu atau dua hari sebelum majlis akad nikah, ada yang dikenakan oleh saudara mara atau teman ada juga yang diukir oleh profesional (mehndi).