Monday, November 15, 2010

Pelamin majlis bertunang; tema warna segar dan ceria untuk Izni




Izni si gadis genit yang sentiasa ramah, riang, bijak dan bertenaga boleh disamakan seperti bateri energizer saiz AAA. Dah lama saya kenal dia ni, sejak dari majlis kahwin kakak dia, yakni Anis dan Shahrul saya dah mula mesra dengan Izni dan keluarganya.  Kalau jumpa dia sekali-sekala tu memang seronok, lagi-lagi kalau dia bercerita pasal dia punya travel ke oversea boleh kejang perut dibuatnya. Pejam celik, dah bertemu jodoh cik adik kita sorang ni, jodohnya jejaka segak dan budiman berasal dari Pahang.


Izni yang super busy ni pada mulanya hanya berhajatkan pelamin tunang dan solekan dari saya. Tapi seminggu sebelum majlis dia datang dengan satu beg  ke home studio saya, "kak fauziah, Izni lari rumah...", rupanya dalam beg besar tu adalah koleksi pelbagai jenis kain yang belum dijahit. Ade satu kain sulam tebuk dari Bandung tu memang cantik warnanya, now she is really having second thought dengan baju bertunang yang dah ditempah kat tempat lain. Nak pendek cerita , seminggu kemudian berlangsunglah majlis pertunangan Izni. Sesuai dengan personalitinya yang ceria saya telah cadangkan warna-warna segar sebagai tema pilihan, Izni pula memang suka dengan warna-warna oren, turquoise dan hijau. Hasilnya memang lain dari kebiasaan, adunan warna biru laut, biru langit, turqoise serta aquamarine memang berjaya menampilkan kesegaran dengan gaya yang tersendiri. Finale yang memeranjatkan semua orang ialah Izni yang selalunya santai, sporty dan aktif, serta Izni yang tak boleh duduk diam ketika disolek sudahnya tampil ayu dan manis dengan solekan yang sederhana dan semulajadi. Ditambah pula serinya dengan kebaya dress dari kain sulam tebuk yang akhirnya berjaya disiapkan dalam masa kurang seminggu. Tapi yang tak kurang pentingnya ialah seri wajah yang terpancar dari kegembiraan ikhlas yang timbul dari hati sanubari... kan?

No comments: